Thursday, 13 November 2014

Single 2014's Entry

Salam semua yang sudi singgah blog yang sangat tak seberapa ni. Apa boleh buat. Ketandusan idea kata-kata indah yang nak dicoretkan. Bila view blog ni, rupa-rupanya takde entry pun dis year. Kesian! Sekarang dah masuk musim 'salji' dibumi indah Kelantan ni. So aktiviti indoor je dengan anak-anak. Sebab tu sempat nak coret-coret cikit.
Kadang-kadang masa berlalu begitu pantas. Dengan kehadiran seorang putera Adam Ziqri pada bulan Mei lepas melengkapkan lagi sebuah keluarga. Puteri Alya Zara sekarang dah setahun 7 bulan. Lengkaplah sebuah keluarga papa, mama, puteri dan putera. Kehadiran cahaya mata seterusnya, atas ketentuan-Nya. Dia Maha Mengetahui atas segalanya.
Insya-Allah, blog ni akan selalu diupdate sebab dapat gadget baru, hadiah anniversary dari suami. Da lama mengidam, alhamdulillah, rezeki sape tahu kan?
Mengharapkan tahun 2015 yang bakal menjelma akan memberi sinar baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Semua impian-impian yang telah diniat tertunai penghujung tahun ini.